Powered by Blogger.

Pages

Monday, August 16, 2010

Manchester United menang mudah..



Old Trafford England

(66%)  Manchester United 3 - 0 Newcastle United (34%)

Manchester United menang dengan mudah melawan Newcastle United di Old Trafford, sekaligus mengutip mata penuh dalam pembukaan perlawanan yang peratama bagi kedua-dua pasukan tersebut.

Dimitar Berbatov menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 33, United menusun serangan dengan gandingan ideal antara Berbatov dengan Wayne Rooney. Darren Fletcher menjadikan United dengan lebih selesa dengan jaringannya pada minit ke 41.

United menurunkan penyerang mudanya iaitu Hernandez pada minit ke 63 untuk menggantikan Wanye Rooney dan digandingkan bersama Ryan Giggs dengan Nani pada minit ke 71. Hasil daripada gandingan serangan yang mantap itu, Ryan Giggs berjaya melemahkan semangat Newcastle dengan jaringannya pada minit ke 85.

Selepas ini Manchester United akan bertemu dengan Fulham dan Newcastle United akan berhadapan dengan pasukan yang agak sukar lawannya iaitu Aston Villa.







0 comments:

Post a Comment

Text Widget

Related Posts with Thumbnails

Text Widget