Powered by Blogger.

Pages

Wednesday, August 18, 2010

Memijak Perut Isteri Hamil

Ampang, Puncanya daripada hanya menguatkan bunyi televisyen sahaja, seorang isteri terpaksa menahan kesakitan akibat suami yang panas baran.

Pasangan tersebut yang hanya baru setahun mendirikan rumah tangga di sebuah pangsapuri, telah berlaku pertengkaran. Pada mulanya, suami menyuruh isterinya memperlahankan bunyi televisyen, isteri tersebut akur dengan arahannya dan dengan segera memperlahankan bunyi televisyen selepas suaminya menyatakan bahawa dia ingin keluar bermain snuker dengan rakannya.

gambar hiasan


Belum sempat suaminya keluar rumah, isteri tersebut menguatkan kembali bunyi televisyen dengan menyagkakan suaminya telah keluar, degan adanya sifat baran pada suami tersebut, lalu dengan segera ke arah isterinya dan memukul hingga menyebab kesan kecederaan di bahagian tangan, tidak puas dengan itu, suami tersebut memijak perut isterinya yang hamil 6 bulan.

Jeritan isteri yang hamil 6 bulan tiada siapa yang mendengar, puas dengan kelakuan si suami terus keluar dengan membiarkan isterinya menanggung derita. Oleh kerana rasa dirinya tidak dihormati, isteri tersebut membuat laporan polis di balai berdekatan. Dalam laporan tersebut, isteri mengakui bahawa beliau sedikitpun tiada rasa igin kurang ajar atau tidak mendengar suruhan suaminya.

Ketua polis Daerah Ampang Jaya, Abd Jalil Hassan mengakui menerima laporan isteri terbabit dan suaminya telah ditahan oleh pihak berkuasa di rumahnya untuk siasatan seterusnya.

0 comments:

Post a Comment

Text Widget

Related Posts with Thumbnails

Text Widget