Powered by Blogger.

Pages

Sunday, August 15, 2010

Terima Kasih REINA...

            (36%)      1 Liverpool VS Arsenal 1      (64%)              
Anfield, England
David Ngog (46)                         Pepe Reina (90)


Pepe Reina memberi mata percuma kepada Arsenal yang mencari gol selepas penyerang muda Liverpool menyumbat gol ke gawang Arsenal dengan gaya yang menarik pada minit ke 46. Perlawanan pertama bagi kedua-dua pasukan ini adalah dianggap sukar.
Pengadil yang mengadili perlawanan ini (Martin Atkinson) telah melayangkan 4 kad kuning, dan 2 kad merah kepada pemain baru di kedua-dua pasukan iaitu Joe Cole (45) dan Laurent Koscielny (90). Suasana di Anfield menjadi riuh apabila Arsenal melakukan serangan bertubi-tubi ke gawang Liverpool selepas Almunia tidak berjaya mempertahankan gawang gol arsenal pada minit ke 46.


Fernando Torres diturunkan pada minit ke 74, untuk menggantikan David Ngog, aksi pemain Sepanyol itu masih lagi kurang menarik kerana masih belum cergas sepenuhnya, Arsenal tidak menyenaraikan tonggak pemain tengah utama iaitu Fabregas namun menurunkan Penyerang Belanda, Robin Van Persie pada minit ke 76.

Liverpool lebih tertekan apabila perlawanan seterusnya bertemu salah satu pasukan gergasi di England iaitu Manchester City dengan tanpa kelibat Joe Cole.

0 comments:

Post a Comment

Text Widget

Related Posts with Thumbnails

Text Widget