Powered by Blogger.

Pages

Monday, August 30, 2010

Masa Depan LIVERPOOL



LIVERPOOL, Bos Liverpool telah berjaya melengkapkan pemain tengah dari Porto iaitu Raul Meireles, kini dalam usaha untuk membawa masuk Paul Konchesky iaitu pemain pertahanan kiri Fulham dalam tempoh yang terdekat.

Bos Liverpool, Roy Hodgson masih memerlukan seorang lagi penyerang untuk masa depan yang lebih terjamin. Roy Hodgson berharap penyerang utamanya Fernando Torres tidak dipanggil oleh pengurus Sepanyol Vincente del Bosque pada perlawanan kelayakan Euro 2012.

Torres yang baru meledakkan gol kemenangan 1-0 terhadap West Brom sekaligus menyumbangkan 3 mata penuh terhadap Liverpool. Roy Hodgson bimbang masa depan Fernando Torres yang kini baru sahaja ingin mendapatkan rentak permainannya selepas menjalani 2 pembedahan lutut pada musim lepas.

Roy Hodgson percaya, jaringannya pada minit ke 65 itu mampu memberikannya semangat untuk memulakan aksi barunya di Liga Perdana pada musim ini.

0 comments:

Post a Comment

Text Widget

Related Posts with Thumbnails

Text Widget